Pertandingan Skuasy Tertutup Putrajaya 2021

Pertandingan Skuasy Tertutup Putrajaya 2021 anjuran bersama JomAktif dan Persatuan Skuasy Putrajaya telah diadakan pada 9 dan 10 April 2021. Seramai 48 peserta telahpun mendaftarkan diri bagi menyertai pertandingan yang diadakan di Gelanggang Skuasy Pusat Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

Pertandingan ini telah mendapat sokongan daripada Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) dan pemantauan SOP dilakukan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan SRAM.

Pertandingan yang diadakan ini terbahagi kepada 4 kategori utama iaitu kategori Lelaki Bawah 12, Perempuan Bawah 12, Lelaki Bawah 17 dan Perempuan Bawah 17. Semua kategori yang dipertandingkan menggunakan format “Monrad” kecuali untuk kategori Lelaki Bawah 17 dimana ia dijalankan secara “Round Robin”. Pertandingan ini telah diadili oleh barisan Pengadil Pertandingan yang terdiri daripada En. Fikran Nurhakim Bin Abdul Wahab dan En. Muhammad Amir Irfan Bin Khasnizal sambil dibantu oleh peserta-peserta pertandingan itu sendiri.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh Mohammad Zihni Aqil Mohammad Jasni (BU12), Nur Alisya Afrina Mohd Khirdir (GU12), Anas Sulaiman Ahmad Amry (BU17) dan Nur Aliyah Maisarah Ahmad Tarmizi (GU17). Di tempat kedua pula telah dimenangi oleh Aryan Nashrun Fahmi Mohd Nazli (BU12), Arianna Nur Batrisya Mohd Nazli (GU12), Muhammad Hazim Mukhizam (BU17) dan Nur Fatin Fatihah Diyanah (GU17). Untuk tempat ketiga, ia telah dimenangi oleh Mohammad Zahin Anaqi Mohammad Jasni (BU12), Maisarah Mohd Khairul Nizam (GU12), Hariss Hakim Hariss Fatimi (BU17) dan Nur Aisya Yasmin Mohd Azmi (GU17).

Laporan disedaikan oleh:
(Muhammad Farhan bin Zakaria)
Urusetia Pertandingan Skuasy Tertutup Putrajaya 2021

Barisan pengadil dan pengurus pertandingan. Dari kiri ke kanan : Wan Akmal (SRAP), Fikran (SRAP), Ammar (SRAM), Hariss (SRAP), Farhan (SRAP), Kevin Zahri (JomAktif & KBS).
Perlawanan persahabatan Kevin Zahri bersama Encik Hariss Fatimi Ariffin (Jurulatih SRAP)
Pemenang kategori Lelaki bawah 17. Dari kiri: Hariss Hakim, Muhammad Hazim, dan Anas Sulaiman.
Pemenang Lelaki bawah 12. Dari kiri: Mohammad Zihni Aqil, Aryan Nashrun, dan Mohammad Zahin Anaqi.
Pemenang kategori Perempuan bawah 12. Dari kiri: Nur Alisya Afrina, Fikran Nurhakim (coach), dan Nur Alisya Afrina.

Start a Conversation

Your email address will not be published. Required fields are marked *